Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
Peace be upon to you ...
Masih
ingatkah anda tentang qudwah hassanah ? Jika tidak ingat , boleh buka kembali
entri saya tersebut dan khatamkan kembali apakah ia di sebalik qudwah hassanah
itu .
Jadi hari
ini , saya ingin berkongsikan kepada anda mengenai idola saya atau orang yang
menjadi qudwah saya ..
Siapakah beliau ...
Jeng .. jeng .. jeng ... *bunyi drum
Saidina Uthman ibn Affan .
Ya .Uthman
sahabat Rasulullah SAW , khalifah ketiga daripada Khulafa’ ArRasyiddin dan
merupakan antara sahabat utama Rasulullah SAW .
Mengapa beliau ? Apa istimewanya beliau ni ?
Rileks . Tenang ... Saya akan jawab persoalan anda
itu .
Kisahnya
bermula apabila saya pernah bertanya rakan saya mengenai nama-nama Khulafa’
ArRasyiddin . Tujuan saya saat itu adalah untuk menguji pengetahuan dia .
Jadi dia
mula menyebut nama-nama Khulafa’ ArRasyiddin bermula dengan Umar kemudian dia
menyebut Abu Bakr dan kemudian Ali . Selepas itu , dia berhenti . Dengan tangan
mengaru-garu kepala dia bertanya kembali kepada saya , “siapa eh yang satu lagi
tu ..”.
Saya hanya
tersenyum dan kemudian menjawab "Saidina Uthman ..." . Dan situasi ini berlaku
beberapa kali setiap kali saya bertanyakan soalan yang sama terhadap rakan saya
yang lain .
Then ,
Suatu hari , saya pergi ke kedai buku di sekitar kawasan perumahan saya dengan
harapan ingin membeli sebuah novel sirah nabawiyah . Kemudian mata saya
terlihat sebuah poster terpampang mengenai satu set buku mengenai Khulafa’
ArRasyidin . Set buku itu mengandungi tiga buah buku ; Khalifah Abu Bakr ,
Khalifah Umar dan Khalifah Ali bin Abi Talib .
Dan saya agak pelik mengapa tiada buku Khalifah
Uthman ..
Kedua-dua
situasi di atas telah mengajak saya untuk berfikir mengenai Saidina Uthman .
Mengapa ramai yang lupa mengenai Uthman ?
Adakah
beliau tidak banyak berjasa kepada Islam ? Then , kenapa beliau dianggap antara
sahabat utama Rasulullah ?
Kalau dia
sahabat utama Rasulullah , mesti beliau terkenal dan dikenali ?
Amat mudah
bagi pelajar untuk mengingat nama Abu Bakr , Umar dan Ali . Tetapi mengapa
sukar untuk mengingat nama Uthman ?
Secara
tidak langsung , situasi serta persoalan di atas mengajak saya mengkaji
mengenai Uthman ibn Affan . Apabila mengkaji mengenai Uthman , minat saya
terhadap sahabat ini semakin meningkat .
Orang kata , “Sudah
kenal , maka jatuh suka ” .
Sebelum
saya memberitahu anda sebab saya memilih Saidina Uthman sebagai idola saya ,
apa kata kita kenali dahulu siapakah insan disebalik nama Uthman ini ? Inilah
hasil pembacaan dan kajian saya ..
Nama diberi
Saidina Uthman bin Affan bin Abu Al-‘As bin Umaiyah . Beliau berasal dari Bani
Umaiyah dan dilahirkan pada 567M iaitu
enam tahun selepas “Tahun Gajah” di Makkah Al-Mukarramah . Beliau juga antara
golongan terawal memeluk Islam melalui perantara Saidina Abu Bakr . Merupakan
Khalifah Ketiga yang dipilih umat Islam selepas kewafatan Khalifah Umar
Al-Khattab .
Rasulullah
amat menyayangi Uthman . Buktinya , baginda mengahwinkan Uthman dengan dua
puteri baginda ; Ruqayyah dan Ummi Kalthum . Pada awalnya Uthman mengahwini
Ruqayyah , namun selepas Ruqayyah meninggal dunia , beliau berkahwin dengan
Ummi Kalthum .
Sekali lagi
Uthman diuji apabila isterinya yang kedua itu meninggal dunia . Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW
terhadap Saiyidina Uthman . Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal,
Rasulullah SAW telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi
hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu .
Subhanallah , maka jelas lah betapa Saidina Uthman dianggap antara
sahabat yang paling disayangi oleh baginda Rasulullah SAW .
Tidak cukup dengan itu , Rasulullah SAW
sendiri pernah bersabda ;
“Setiap nabi punyai teman
di Syurga . Dan teman ku di syurga adalah Uthman”.
Nabi sendiri malu dengan Uthman . Rasulullah SAW juga pernah bersabda kepadanya, "Malaikat
sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang Rasulullah SAW biasanya tidak keberatan
menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi
apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman akan datang mengunjunginya, maka
baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati
sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat.
Lihatlah , rupa-rupanya Saidina Uthman ini bukan calang-calang orang .
Sehinggakan Malaikat pun segan dengan Uthman . Jadi , untuk mengatakan Saidina
Uthman ini bukan sahabat yang hebat , adalah suatu yang tidak patut .
Ini pun saya baru menulis mengenai sifat peribadi beliau belum lagi
sumbangan beliau terhadap Islam .
Entry kali ini akan berhenti di sini ya . Saya tidak berniat menulis
terlalu panjang sehingga membuat kan mata anda bengkak sehingga tidak boleh tutup dek membaca entry
saya yang ohsem ni . Ehem .
Nantikan sambungannya daripada saya ..
So , setakat di sini sahaja .
Wassalam .

2 comments:
Good job..keep it up
Thanks ^^ ..
Post a Comment