Alhamdulillah . Hari ni kita bisa bersua muka sekali
lagi untuk meneruskan kisah mengenai Saidina Uthman .
*Jika ada yang belum membaca entry bahagian yang pertama , silakan baca dahulu entry tersebut kerna saya bimbang berlaku ketidakfahaman dalam entry kali ini dan tiada sesi soal jawab akan dilangsungkan . Eceh .

Jadi , sudahkah anda bersedia ?
Betulkan tempat duduk anda kerna saya tidak mahu ada
yang jatuh kerusi membaca entry saya yang ohsem ini . Ehem ..
So , hari ni saya ingin meneruskan mengenai
sumbangan Uthman terhadap Islam . Untuk pengetahuan , Uthman juga seperti
sahabat lain yang banyak berkorban demi Ad-deen yang terchenta ini .
Sebenarnya Uthman terkenal sebagai seorang usahawan
yang berjaya . Beliau mempunyai harta yang banyak dan juga seorang yang dermawan .
Suatu ketika dahulu , sebelum peristiwa Hijrah , ekonomi di Madinah di monopoli oleh kaum Yahudi . Mereka sering menipu dalam jual beli dan akhirnya apabila Umat Islam di Makkah berhijrah , Saidina Uthman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berniaga dan merampas monopoli kaum Yahudi dalam tempoh masa beberapa tahun sahaja .
Kepakaran mereka dalam berniaga memang diakui dan antara ter-ohsem di abad ini . Rahsianya ?
Mudah sahaja , mereka jujur dalam berjual beli , tidak menipu timbangan dan harga serta pandai menarik hati pelanggan . Mudah kan ? Dengan berbekalkan kejujuran , mereka bisa meraih keuntungan yang lumayan . Jika kita jujur , tidak mustahil akan menjadi suatu asbab untuk Allah membantu perniagaan kita .

Next , Suatu hari Madinah di timpa kemarau dan seluruh umat
Islam kekurangan bekalan air . Dan terdapat satu telaga di suatu tempat di
Madinah kepunyaan seorang Yahudi . Yang menyakitkan hati , dia tidak
membenarkan Umat Islam mengambil air di telaganya melainkan ada yang sanggup
membelinya dengan harga yang sangat tinggi.
Mendengarkan hal itu , Uthman lah antara yang
bersemangat untuk membeli telaga itu . Uthman bertemu Yahudi itu untuk berunding
mengenai harga telaga itu . Namun Yahudi itu tetap berkeras dengan harga yang ditetapkan
dan hal ini tidak mematahkan semangat Uthman .
Beliau tetap membeli telaga itu . Selepas itu dia
terus mengisytiharkan bahwa telaga itu adalah untuk kegunaan umat Islam .
Yahudi itu pun pelik kerna di saat kemarau yang genting itu , Uthman sanggup
menyerahkan telaga yang baru dibelinya itu untuk kegunaan Umat Islam .
Ini yang saya kagum . Jarang-jarang orang boleh
berbuat sedemikian . Amat mustahil tatkala kita dalam kesusahan yang teramat ,
kita masih boleh tolong orang lain .
Subhanallah , betapa pemurahnya Saidina Uthman Affan
R.A
Next , sewaktu peristiwa Perjanjian Hudaibiyah ,
Uthman telah dihantar oleh Rasulullah untuk berunding dengan pembesar Musyrikin
Mekah mengenai syarat-syarat perjanjian tersebut .
Ketika itu juga lah , timbul khabar angin bahwa Uthman telah dibunuh Musyrikin Mekah . Rasulullah dengan tidak semena-semena mengisytiharkan perang untuk menuntut bela atas kematian Uthman .
Lihatlah betapa kasihnya baginda Rasulullah SAW terhadap
Saidina Uthman . Apabila mendengarkan Uthman dibunuh , baginda terus
mengisytiharkan perang .
Namun ,
selepas itu , Uthman pulang dan menidakkan khabar angin yang tersebar itu .
Rasulullah pun lega mendengarkan hal itu .
p/s : Disini kita dapat juga contohi sifat Ukhuwah
yang diamalkan Rasulullah SAW . Mendengarkan sahabat nya dibunuh baginda terus
bangun untuk mempertahankannya . Kerna apa boleh berlaku seperti ini ? Kerna
adanya sifat kasih sayang yang erat antara sahabat . Oleh itu sayangilah
sahabat anda !
Seterusnya , pada zaman pemerintahan Uthman , beliau
telah melengkapkan usaha mengumpulkan ayat al-Quran yang telah bermula sejak
zaman pemerintahan Saidina Abu Bakr lagi . Beliau juga telah membukukan
al-Quran untuk kemudahan Umat Islam hingga ke hari ini .
Beliau juga telah memperkenalkan Resm Uthmani untuk
menyelesaikan cara pembacaan al-Quran .
Jikalau tidak kerana Uthman ini , pastinya kita
tidak dapat melihat serta membaca al-Quran yang merupakan satu-satunya mukjizat
yang masih kekal hingga ke hari ini .
Jikalau tidak kerana usaha beliau ini , pastinya kita
tidak dapat membaca kalam Allah dan membelek ayat-ayat chentaNya yang
merangkumi segala aspek dan diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi
Muhammad SAW .
Jadi untuk mengatakan Uthman tidak berjasa kepada
Islam adalah tidak patut .
Jadi mengapa kejayaan dan sumbangan Uthman ini tidak
terkenal seperti mana kejayaan Abu Bakr dan Umar ?
Satu yang saya boleh simpulkan adalah Uthman ini
seorang yang pendiam dan pemalu .
Disebabkan beliau pendiam dan pemalu , beliau kurang
bercerita mengenai kejayaannya . Disebabkan itu juga lah sumbangan-sumbangannya
jarang-jarang orang tahu .
Walaupun pendiam dan pemalu , beliau tetap berjuang
untuk Islam dan tetap menyerahkan segala kudratnya dan hartanya untuk
pembangunan Islam . Inilah yang dikatakan “diam-diam ubi berisi” .
Sifat ini lah yang membuatkan saya kagum dengan
Saidina Uthman . Dan saya dapat rasakan bahwa saya dan beliau mempunyai suatu
yang dipanggil chemistry ..
ehem .
Sebab saya juga seorang yang pemalu dan pendiam .
Saya mahu menjadi seperti Uthman yang pemalu namun banyak berjasa kepada Islam
. Saya juga mahu menjadi seperti Uthman yang banyak berkorban untuk agama Allah
ini . Kerna hakikatnya , badan kita ini milik Allah dan sepatutunya segala
kudrat yang kita ada , kita salurkan kepada jalan yang diredhaiNya .
Jadi , inilah qudwah saya . Idola saya . Saidina
Uthman ibn Affan R.A ..
Siapakah qudwah anda ?
Sebelum mengakhiri entry kali ini , apa kata kita renungkan sebentar kata mutiara dari Saidina Uthman ini . Moga bermanfaat ..

Sebelum mengakhiri entry kali ini , apa kata kita renungkan sebentar kata mutiara dari Saidina Uthman ini . Moga bermanfaat ..

Wassalam ..

No comments:
Post a Comment