Sunday, 19 October 2014

Saidina Uthman ibn Affan R.A



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
Peace be upon to you ...   

   Masih ingatkah anda tentang qudwah hassanah ? Jika tidak ingat , boleh buka kembali entri saya tersebut dan khatamkan kembali apakah ia di sebalik qudwah hassanah itu .
   
   Jadi hari ini , saya ingin berkongsikan kepada anda mengenai idola saya atau orang yang menjadi qudwah saya ..

Siapakah beliau ...

Jeng .. jeng .. jeng ... *bunyi drum

Saidina Uthman ibn Affan .
   
   Ya .Uthman sahabat Rasulullah SAW , khalifah ketiga daripada Khulafa’ ArRasyiddin dan merupakan antara sahabat utama Rasulullah SAW . 

Mengapa beliau ? Apa istimewanya beliau ni ?

Rileks . Tenang ... Saya akan jawab persoalan anda itu .
   
   Kisahnya bermula apabila saya pernah bertanya rakan saya mengenai nama-nama Khulafa’ ArRasyiddin . Tujuan saya saat itu adalah untuk menguji pengetahuan dia .
   
   Jadi dia mula menyebut nama-nama Khulafa’ ArRasyiddin bermula dengan Umar kemudian dia menyebut Abu Bakr dan kemudian Ali . Selepas itu , dia berhenti . Dengan tangan mengaru-garu kepala dia bertanya kembali kepada saya , “siapa eh yang satu lagi tu ..”.
   
   Saya hanya tersenyum dan kemudian menjawab "Saidina Uthman ..." . Dan situasi ini berlaku beberapa kali setiap kali saya bertanyakan soalan yang sama terhadap rakan saya yang lain .
   
   Then , Suatu hari , saya pergi ke kedai buku di sekitar kawasan perumahan saya dengan harapan ingin membeli sebuah novel sirah nabawiyah . Kemudian mata saya terlihat sebuah poster terpampang mengenai satu set buku mengenai Khulafa’ ArRasyidin . Set buku itu mengandungi tiga buah buku ; Khalifah Abu Bakr , Khalifah Umar dan Khalifah Ali bin Abi Talib .

Dan saya agak pelik mengapa tiada buku Khalifah Uthman ..
   
   Kedua-dua situasi di atas telah mengajak saya untuk berfikir mengenai Saidina Uthman .

Mengapa ramai yang lupa mengenai Uthman ?
   
   Adakah beliau tidak banyak berjasa kepada Islam ? Then , kenapa beliau dianggap antara sahabat utama Rasulullah ?
     
   Kalau dia sahabat utama Rasulullah , mesti beliau terkenal dan dikenali ?
   
   Amat mudah bagi pelajar untuk mengingat nama Abu Bakr , Umar dan Ali . Tetapi mengapa sukar untuk mengingat nama Uthman ?
   
   Secara tidak langsung , situasi serta persoalan di atas mengajak saya mengkaji mengenai Uthman ibn Affan . Apabila mengkaji mengenai Uthman , minat saya terhadap sahabat ini semakin meningkat .
                       
                        Orang kata , “Sudah kenal , maka jatuh suka ” .
   
   Sebelum saya memberitahu anda sebab saya memilih Saidina Uthman sebagai idola saya , apa kata kita kenali dahulu siapakah insan disebalik nama Uthman ini ? Inilah hasil pembacaan dan kajian saya ..
   
   Nama diberi Saidina Uthman bin Affan bin Abu Al-‘As bin Umaiyah . Beliau berasal dari Bani Umaiyah dan dilahirkan pada 567M  iaitu enam tahun selepas “Tahun Gajah” di Makkah Al-Mukarramah . Beliau juga antara golongan terawal memeluk Islam melalui perantara Saidina Abu Bakr . Merupakan Khalifah Ketiga yang dipilih umat Islam selepas kewafatan Khalifah Umar Al-Khattab .
   
   Rasulullah amat menyayangi Uthman . Buktinya , baginda mengahwinkan Uthman dengan dua puteri baginda ; Ruqayyah dan Ummi Kalthum . Pada awalnya Uthman mengahwini Ruqayyah , namun selepas Ruqayyah meninggal dunia , beliau berkahwin dengan Ummi Kalthum .
   
   Sekali lagi Uthman diuji apabila isterinya yang kedua itu meninggal dunia . Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW terhadap Saiyidina Uthman . Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah SAW telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu .
   
   Subhanallah , maka jelas lah betapa Saidina Uthman dianggap antara sahabat yang paling disayangi oleh baginda Rasulullah SAW .

Tidak cukup dengan itu , Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda ;

“Setiap nabi punyai teman di Syurga . Dan teman ku di syurga adalah Uthman”.
   
   Nabi sendiri malu dengan Uthman . Rasulullah SAW  juga pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang Rasulullah SAW biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat.
   
   Lihatlah , rupa-rupanya Saidina Uthman ini bukan calang-calang orang . 

   Sehinggakan Malaikat pun segan dengan Uthman . Jadi , untuk mengatakan Saidina Uthman ini bukan sahabat yang hebat , adalah suatu yang tidak patut .
   
   Ini pun saya baru menulis mengenai sifat peribadi beliau belum lagi sumbangan beliau terhadap Islam .
   
   Entry kali ini akan berhenti di sini ya . Saya tidak berniat menulis terlalu panjang sehingga membuat kan mata anda bengkak sehingga tidak boleh tutup dek membaca entry saya yang ohsem ni . Ehem .


Nantikan sambungannya daripada saya .. So , setakat di sini sahaja . 

Wassalam . 

2 comments: