Peace be upon to you ... =)
Kalau kita perhatikan ummah zaman ini,Islamnya hanya pada I/C (kad pengenalan).Mengaku Islam, tapi akhlaknya amatlah bertentangan dengan Islam.Dari sisi ini kita dapat lihat betapa kurangnya keprihatinan mereka terhadap Islam.Islam dianggap sebagai hiasan pada kad pengenalan.
Perkara ini muncul apabila ada
golongan yang tak ambil kisah dan tak nak tahu tentang Islam.Mereka ini bukan
tak tahu hukum-hakam,akan tetapi,mereka sengaja tak nak buat.Contoh , kalau
kita lihat sesetengah wanita Islam , pakaian meraka tidak ubah seperti wanita
bukan Islam.Bukan tak tahu tutup aurat tu wajib,tetapi disebabkan terlalu
menurut tuntutan hawa nafsu maka terdedah aurat mereka .
Jadi,nampak tak kesannya.Kalau
perkara ini berterusan,jadi tiadalah perbezaan antara Islam dengan bukan Islam.”Eh,si
polan ni bukannya nak tutup aurat.Terdedah sana,terdedah sini.Sama je dengan
cina belakang rumah”.So,can you see it ?
Perlu diingat perkara ini
bukanlah berkaitan aurat sahaja , tetapi merangkumi akhlak dan cara pergaulan dengan masyarakat.Cuba
bayangkan,kita sebagai Umat Islam yang diajar dengan sunnah Rasulullah SAW,berkelakuan
buruk di khalayak ramai.Mesti ramai yang mempersoalkan agama kita. Perkara ini
akan timbul sebagai fitnah keatas diri kita dan lebih dahsyat lagi apabila ada
orang bukan Islam mula mempersoalkan akidah kita. “you ni betul-betul Islam ke
?”.Ini amatlah sesuatu yang memalukan.
Tambah memalukan lagi
apabila ada pula orang bukan Islam yang lebih berkelakuan sopan sedangkan dia
tidak diajar untuk berakhlak mulia dengan orang lain.Astagfirullah... Muhasabah
lah wahai sahabatku .
Bertambah-tambah dahsyat
lagi apabila orang bukan Islam memandang rendah agama Islam.Kalau perkara ini
terjadi,sukarlah kita untuk menyebarkan Islam kepada yang bukan Islam.Jadi,kita
telah menyulitkan lagi keadaan.Memang betul ada orang kata :”kalau saya buat
silap,salahkan saya bukan salahkan agama Islam”.Tetapi,dengan tertaipnya agama
Islam di I/C kau,maka orang akan memandang kau sebagai penganut agama Islam.
Kalau kita termasuk dalam
golongan diatas,fikirkanlah kembali.Apakah kau tidak bangga Islam sebagai agama
mu ?. Renungkanlah wahai sahabat sekalian .Siapa yang tak bangga kalau dapat
trofi kemenangan ? Begitu juga dengan Islam.Kalau benarlah kau bangga dengan
Islam, sudah tentu kau bangga untuk menzahirkan Islam .
Wallahualam...
.jpg)
.jpg)

.jpg)