Sunday, 26 October 2014

Hijrah ; Permulaan Kepada Sebuah Kehidupan Baru




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .
Peace be upon to you .

Hijrah .

   Yang terlintas di minda kita semestinya peristiwa Hijrah di zaman Rasulullah SAW ; Perpindahan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah .  

   Siapa yang tak ingat peristiwa bersejarah itu ? Pasti semua tahu akan peristiwa itu ..
Sejak kecil lagi kita telah mendengar kisah hijrah . Namun , jika kita selami sekali lagi peristiwa ini , kita akan dapati hijrah yang dilakukan umat Islam ketika itu bukanlah perpindahan tempat semata-mata .

Ia merupakan suatu perpindahan dari gelapnya kehidupan kepada sinar kebahagiaan .

Ya .

   Lihatlah bagaimana kehidupan umat Islam di Mekah . Terseksa . Jiwa sengsara . Dibaring di terik padang pasir , di hempap dengan batu yang besar . Semuanya hanya kerana mereka mengakui bahwa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melaikan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah ! Lihatlah bagaimana Allah mentarbiyah generasi Islam yang pertama ini dengan kesulitan dan kesengsaraan .

Sehinggalah turunnya perintah supaya mereka berhijrah ke Kota Madinah . 

   Kehidupan di sana cukup berbeza . Kontra . Tiada lagi kesengsaraan , kekechiwaan dan kesedihan . Akhirnya , setelah ditarbiyah dengan segala bentuk kesusahan , umat Islam semakin kuat . Fizikal dan mentalnya .

   Segala kesusahan tidak lagi dianggap sebagai suatu bebanan . Kerana mereka sudah cukup kuat dan cukup matang untuk menghadapi segala kesusahan itu !
Itu lah kesan daripada hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah dan umat Islam yang lain .   

   Hijrah ini definisinya cukup meluas . Hijrah juga boleh membawa maksud perubahan sikap mahupun akhlak seorang individu . Lumrah . Manusia berubah . Semua manusia berubah . Bezanya berubah ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan .

   Dari gemuk menjadi kurus . Dari seorang gangster kampung menjadi Imam di Masjid . Dari seorang qari menjadi seorang penyanyi . Eh ?

   Pilihan ada di tangan anda . Adakah anda mahu ke arah kebaikan ataupun ke arah kejahatan ?

   Manusia punya satu sifat dimana tatkala dia sudah penat membuat dosa , berfoya-foya , hidup tidak tentu hala , pasti akan terdetik di hatinya untuk berhijrah . Kembali kepada Allah .

   Kerna tatkala semua keseronokan yang dirasainya , dia merasakan kekosongan . Mungkin dia boleh gembira bergurau senda . Namun ianya hanya sementara . Akhirnya dia akan merasa duka . Sehinggalah terdetik di hatinya untuk berubah . Berhijrah .

   Orang kata jika ada niat untuk melakukan kebaikan , lakukan lah ! Jangan ditangguh-tangguh . Kerana boleh sahaja niat yang terdetik di hati itu tiba-tiba lenyap . Dan kita pun tak sempat untuk berubah .

   Jadi , lakukanlah perubahan secepat mungkin . Tak perlu lagi tunggu sampai seru . Tak perlu tunggu hidayah . Kerana hidayah juga manusia biasa . Dan tak perlu tunggu turunnya hidayah daripada Allah .

   Saya masih ingat lagi kata-kata Ustazah saya dan saya rasa amat bermanfaat untuk dikongsi bersama . Katanya :

“Jangan menunggu sempurna untuk bermula , tetapi bermulalah untuk menjadi sempurna .”

   Kerana sebenarnya menangguh-nangguh kerja ini merupakan amalan syaitan . Jadi kita sebagai manusia tak perlu lah mengamalkan amalan syaitan . Cukup lah sekadar kita melakukan amalan manusia .

   Namun , dalam arus globalisasi hari ini , berubah bukan lah suatu yang mudah . Halangan yang perlu kita lalui adalah cemuhan manusia .

Ya .

   Bayangkanlah , Samad yang dulunya kaki judi , kaki merempit dan kaki kepada sekian kaki kejahatan , tiba-tiba ingin berubah dek terdengar ceramah Ostad Azhar Idrus .

“Ek eleh kau ni nak berubah pulak . Dulu kau jugak yang ajak aku buat jahat ni.”

“Poyo gila mamat ni , nak berserban bagai .”

Seperti mana peritnya hijrah Rasulullah , begitulah peritnya hijrah yang ingin kita lakukan . 

   Lihatlah sahaja bagaimana baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakr di kepung di dalam Gua Thur . Orang-orang Musyrikin Mekah yang ingin menangkap Rasulullah tidak tahu pun Rasulullah ada di dalam gua tersebut .

   Namun , jika ditakdirkan salah seorang dari mereka itu masuk ke dalam gua , pasti Rasulllah dan Saidina Abu Bakr tertangkap . Tetapi , Rasulullah tetap tenang . Rasulullah berkata kepada Saidina Abu Bakr :

“Wahai Abu Bakr , apakah pandangan kau sekiranya kita berdua ini dan Allah adalah ketiganya .”

   Mendengarkan kata-kata Rasulullah itu , Abu Bakr terus tenang dan tidak lagi timbul kegusaran di dalam hatinya .

   Begitu lah juga dengan hijrah kita pada hari ini . Biarlah apa pandangan orang . Biarlah apa yang orang kata . Kerana kita ada Allah bersama . Kerana kita berhijrah kerana Allah ...BUKAN kerana manusia !

   Sebenarnya , ramai di kalangan kita mahu berubah ke arah kebaikan . Namun , ramai juga yang beralasan .

“Aku bukan tak nak berubah . Aku nak . Cuma takut pulak orang kata apa nanti.”

   Ramai yang mendakwa , mereka sudah sedar mereka di jalan yang salah . Lalu berubah arah perjalanan ke jalan yang benar dan betul . Namun di saat mereka berada jalan yang betul itu , mereka terhalang oleh suatu tembok .

   Tembok itu adalah pandangan atau persepsi orang terhadap kita . Dan disebabkan mereka tak mampu untuk menanggung sakitnya cemuhan manusia , kebanyakan mereka berpatah balik ke jalan yang salah itu semula . Kembali ke zaman silam . Kembali kepada jahiliyah .

Jadi apa yang boleh kita buat ?

Pecahkan tembok itu .

   Kuatkan semangat . Kita harus berani dan kuat menentang segala bentuk halangan yang mendatang . Kerana hakikatnya syurga Allah yang kita dambakan itu hanya diganjarkan kepada mereka yang kuat dan tabah dengan segala ujian dari Allah .

Hayati hadis ini ,


Jika kita tidak hari ini ,bila lagi ? Ke kita nak tunggu matahari terbit dari arah barat ?

Atau kita mahu menunggu Dajjal Al-Masih muncul menghuru-harakan bumi ini ?

Atau kita mahu tunggu langit yang tidak bertiang itu jatuh menyembah bumi ?

Sekali lagi . Jika tidak sekarang , bila lagi ?

Usah beralasan dan bertangguh lagi .
Berhijrah lah !

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri ...”
                                                                                               (Al-Ra’d:11)

   Marilah menuju kehidupan berlandaskan redha dan chentaNya . Kali ini , kita hidup dengan Islam . Kerana sesungguhnnya Islam itu diturunkan sebagai way of life .

   
   Sahabat ku sekalian , pegang tangan ku dan ayuh kita mulakan hidup yang baru . Kerana bukankah Hijrah umat Islam ke Madinah itu permulaan kepada sebuah kehidupan baharu ? Setelah di Madinah , mereka bisa bangun dari tidur dengan perasaan tenang tanpa ada sedikit kerisauan di hati kerana mereka tidak lagi ditindas , diseksa seperti dahulu .

   Jadi hijrah kita juga merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan baharu . Kehidupan baharu sebagai hambaNya !

Takbir ! Allahuakbar !

Wassalam .  



No comments: