Wednesday, 5 October 2011

Solat Lima Waktu

Salam...
Apa khabar anda hari ini?
Apa kata kita buat renungan 5 minit?
Dah sedia?
Baiklah,soalan-soalanya ialah:
1.Pagi tadi solat subuh ke tidak?
2.Isyak semalam solat ke tidak?
3.Maghrib semalam solat ke tidak?
4.Asar semalam solat berjemaah ke,solat sendiri di rumah?ataupun tidak solat?
5.Zuhur semalam solat?ataupun terlupa?

Kalau ada di antara anda yang waktu solatnya cukup,
Alhamdulillah...kalau yang tidak cukup .......ubahlah sikap.
Cukupkanlah waktu solat anda...Kalau rokok boleh cuba-cuba nak hisap,kenapa solat tidak boleh nak cuba-cuba nak cukupkan...(Tetapi...rokok itu tidak perlulah nak cuba-cuba hisap.......ROKOK ITU BAHAYA!!!)

Kenapa hari ini cerita tentang solat pula?
Nak tahu kenapa?

Syarat utama nak masuk syurga Allah ialah pandai memelihara waktu solatnya.
Tetapi...kalau nak harapkan solat lima waktu untuk masuk syurga Allah pun tidak boleh.
Tambahkanlah juga dengan solat-solat sunat...
Sebagai contoh,kalau cikgu suruh lukis poster yang bertajuk Cintai Alam Sekitar...
Takkan kita nak tulis je Cintai Alam Sekitar...mestilah di tambah dengan corak-corak ataupun suasana alam sekitar...barulah dapat markah penuh...Begitu juga dengan solat...buat yang wajib dan jangan lupa yang sunat.

Barang siapa mengerjakan solat 5 kali sehari semalam,maka akan mendapat 5 perkara:
1.Tidaklah dia merasa sempit di dalam perbelanjaan hidupnya.
2.Diangkat oleh Allah daripadanya siksa kubur.
3.Diberi kitab catitan amal dengan tangan kanannya.
4.Melalui titian sirat Mustaqim seperti kilat menyambar.
5.Dimasukkan syurga oleh Allah dengan tiada hisab.

Ingatlah bahawa solat itu tiang agama...
Kalau kita tidak solat runtuhlah tiang agama dan
jadilah kita orang yang tidak beragama ....

Salam dan Selamat Beramal ya....

No comments: