Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang .
Peace be upon to you .
Hijrah .
Yang terlintas di minda kita semestinya peristiwa
Hijrah di zaman Rasulullah SAW ; Perpindahan umat Islam dari kota Mekah ke kota
Madinah .
Siapa yang tak ingat peristiwa bersejarah itu ? Pasti
semua tahu akan peristiwa itu ..
Sejak kecil lagi kita telah mendengar kisah hijrah .
Namun , jika kita selami sekali lagi peristiwa ini , kita akan dapati hijrah
yang dilakukan umat Islam ketika itu bukanlah perpindahan tempat semata-mata .
Ia merupakan suatu perpindahan dari gelapnya
kehidupan kepada sinar kebahagiaan .
Ya .
Lihatlah bagaimana kehidupan umat Islam di Mekah .
Terseksa . Jiwa sengsara . Dibaring di terik padang pasir , di hempap dengan
batu yang besar . Semuanya hanya kerana mereka mengakui bahwa Tiada Tuhan Yang
Layak Disembah Melaikan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah ! Lihatlah
bagaimana Allah mentarbiyah generasi Islam yang pertama ini dengan kesulitan
dan kesengsaraan .
Sehinggalah turunnya perintah supaya mereka
berhijrah ke Kota Madinah .
Kehidupan di sana cukup berbeza . Kontra . Tiada
lagi kesengsaraan , kekechiwaan dan kesedihan . Akhirnya , setelah ditarbiyah
dengan segala bentuk kesusahan , umat Islam semakin kuat . Fizikal dan mentalnya
.
Segala kesusahan tidak lagi dianggap sebagai suatu
bebanan . Kerana mereka sudah cukup kuat dan cukup matang untuk menghadapi
segala kesusahan itu !
Itu lah kesan daripada hijrah yang dilakukan oleh
Rasulullah dan umat Islam yang lain .
Hijrah ini definisinya cukup meluas . Hijrah juga
boleh membawa maksud perubahan sikap mahupun akhlak seorang individu . Lumrah .
Manusia berubah . Semua manusia berubah . Bezanya berubah ke arah kebaikan atau
ke arah kejahatan .
Dari gemuk menjadi kurus . Dari seorang gangster
kampung menjadi Imam di Masjid . Dari seorang qari menjadi seorang penyanyi .
Eh ?
Pilihan ada di tangan anda . Adakah anda mahu ke
arah kebaikan ataupun ke arah kejahatan ?
Manusia punya satu sifat dimana tatkala dia sudah
penat membuat dosa , berfoya-foya , hidup tidak tentu hala , pasti akan
terdetik di hatinya untuk berhijrah . Kembali kepada Allah .
Kerna tatkala semua keseronokan yang dirasainya ,
dia merasakan kekosongan . Mungkin dia boleh gembira bergurau senda . Namun
ianya hanya sementara . Akhirnya dia akan merasa duka . Sehinggalah terdetik di
hatinya untuk berubah . Berhijrah .
Orang kata jika ada niat untuk melakukan kebaikan ,
lakukan lah ! Jangan ditangguh-tangguh . Kerana boleh sahaja niat yang terdetik
di hati itu tiba-tiba lenyap . Dan kita pun tak sempat untuk berubah .
Jadi , lakukanlah perubahan secepat mungkin . Tak
perlu lagi tunggu sampai seru . Tak perlu tunggu hidayah . Kerana hidayah juga manusia
biasa . Dan tak perlu tunggu turunnya hidayah daripada Allah .
Saya masih ingat lagi kata-kata Ustazah saya dan
saya rasa amat bermanfaat untuk dikongsi bersama . Katanya :
“Jangan menunggu sempurna untuk bermula
, tetapi bermulalah untuk menjadi sempurna .”
Kerana sebenarnya menangguh-nangguh kerja ini
merupakan amalan syaitan . Jadi kita sebagai manusia tak perlu lah mengamalkan
amalan syaitan . Cukup lah sekadar kita melakukan amalan manusia .
Namun , dalam arus globalisasi hari ini , berubah
bukan lah suatu yang mudah . Halangan yang perlu kita lalui adalah cemuhan
manusia .
Ya .
Bayangkanlah , Samad yang dulunya kaki judi , kaki
merempit dan kaki kepada sekian kaki kejahatan , tiba-tiba ingin berubah dek
terdengar ceramah Ostad Azhar Idrus .
“Ek eleh kau ni nak berubah pulak . Dulu kau jugak
yang ajak aku buat jahat ni.”
“Poyo gila mamat ni , nak berserban bagai .”
Seperti mana peritnya hijrah Rasulullah , begitulah
peritnya hijrah yang ingin kita lakukan .
Lihatlah sahaja bagaimana baginda Rasulullah SAW dan
Saidina Abu Bakr di kepung di dalam Gua Thur . Orang-orang Musyrikin Mekah yang
ingin menangkap Rasulullah tidak tahu pun Rasulullah ada di dalam gua tersebut
.
Namun , jika ditakdirkan salah seorang dari mereka
itu masuk ke dalam gua , pasti Rasulllah dan Saidina Abu Bakr tertangkap .
Tetapi , Rasulullah tetap tenang . Rasulullah berkata kepada Saidina Abu Bakr :
“Wahai Abu
Bakr , apakah pandangan kau sekiranya kita berdua ini dan Allah adalah
ketiganya .”
Mendengarkan kata-kata Rasulullah itu , Abu Bakr
terus tenang dan tidak lagi timbul kegusaran di dalam hatinya .
Begitu lah juga dengan hijrah kita pada hari ini .
Biarlah apa pandangan orang . Biarlah apa yang orang kata . Kerana kita ada
Allah bersama . Kerana kita berhijrah kerana Allah ...BUKAN kerana manusia !
Sebenarnya , ramai di kalangan kita mahu berubah ke
arah kebaikan . Namun , ramai juga yang beralasan .
“Aku bukan tak nak berubah . Aku nak . Cuma takut
pulak orang kata apa nanti.”
Ramai yang mendakwa , mereka sudah sedar mereka di
jalan yang salah . Lalu berubah arah perjalanan ke jalan yang benar dan betul .
Namun di saat mereka berada jalan yang betul itu , mereka terhalang oleh suatu
tembok .
Tembok itu adalah pandangan atau persepsi orang
terhadap kita . Dan disebabkan mereka tak mampu untuk menanggung sakitnya
cemuhan manusia , kebanyakan mereka berpatah balik ke jalan yang salah itu
semula . Kembali ke zaman silam . Kembali kepada jahiliyah .
Jadi apa yang boleh kita buat ?
Pecahkan tembok itu .
Kuatkan semangat . Kita harus berani dan kuat
menentang segala bentuk halangan yang mendatang . Kerana hakikatnya syurga
Allah yang kita dambakan itu hanya diganjarkan kepada mereka yang kuat dan
tabah dengan segala ujian dari Allah .
Hayati hadis ini ,
Jika kita
tidak hari ini ,bila lagi ? Ke kita nak tunggu matahari terbit dari arah barat
?
Atau kita mahu menunggu Dajjal Al-Masih muncul
menghuru-harakan bumi ini ?
Atau kita mahu tunggu langit yang tidak bertiang itu
jatuh menyembah bumi ?
Sekali lagi . Jika tidak sekarang , bila lagi ?
Usah beralasan dan bertangguh lagi .
Berhijrah lah !
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri ...”
(Al-Ra’d:11)
Marilah menuju kehidupan berlandaskan redha dan
chentaNya . Kali ini , kita hidup dengan Islam . Kerana sesungguhnnya Islam itu
diturunkan sebagai way of life .
Sahabat ku sekalian , pegang tangan ku dan ayuh kita
mulakan hidup yang baru . Kerana bukankah Hijrah umat Islam ke Madinah itu
permulaan kepada sebuah kehidupan baharu ? Setelah di Madinah , mereka bisa
bangun dari tidur dengan perasaan tenang tanpa ada sedikit kerisauan di hati
kerana mereka tidak lagi ditindas , diseksa seperti dahulu .
Jadi hijrah kita juga merupakan permulaan kepada
sebuah kehidupan baharu . Kehidupan baharu sebagai hambaNya !
Takbir ! Allahuakbar !
Wassalam .





