Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Peace be upon to you . =)
Qudwah Hassanah . Apa tu ?
“Saya tahu
... Qudwah Hassanah ni adalah sejenis Raksaksa Gorgon yang hanya makan
tumbuh-tumbuhan . Kira spesis herbivor la ni .”
Err .. --“
Salah tu . Qudwah bermaksud Ikutan . Juga boleh
diterjemahkan sebagai contoh atau tauladan .
Contoh Skema: “ Inche Haziq ni baik la . Pandai ilmu
agama . Saya nak jadikan dia sebagai qudwah la ...”
Err .. (statement di atas hanya lah
contoh semata-mata .. hehe )
Hassanah sebenarnya berasal daripada perkataan
hassan yang membawa maksud baik . So apabila digabungkan kedua-kedua perkataan tersebut
maka... Kebabooom!!! , lahirlah Qudwah
Hassanah yang membawa maksud contoh/ikutan/tauladan yang baik .Dalam bahasa
mudahnya bolehlah disebut sebagai idola.
Kenapa idola ?
Jika kita mempunyai idola pasti
setiap tindak-tanduk idola kita itu pasti akan menjadi ikutan kita . Baik dari
segi pakaiannya , akhlaknya , style rambutnya dan lain-lain lagi . Itu semua
sudah dikira sebagai ikutan kita .
Fakta mengatakan setiap dari kita pasti mempunyai
idola . Setiap orang pula mempunyai idola yang berbeza-beza . Jika idola kita
itu seorang yang baik maka secara tidak langsung akan mempengaruhi diri untuk
menjadi baik juga .
Contoh : Ahmad amat mengagumi kearifan Ostad Azhar
Idrus dalam bab agama. Sejak dari itu , Ahmad berazam untuk mempelajari ilmu
agama secara mendalam dan menyimpan hasrat untuk kahwin tiga . Opps . hehe .
Ya .. seseorang perlu bijak dalam memilih idola
masing-masing .
“Tapi Inche Haziq boleh tak kita memilih idola dari
kalangan yang bukan Islam ?”
Boleh . Tiada masalah . Tapi harus beringat “Yang
baik dijadikan tauladan , yang buruk dijadikan sempadan.” Kalau yang bukan
Islam itu jenis yang tidak menutup aurat jangan lah diikut . Tapi jika pada
mereka itu didapati sifat yang elok diikut , maka boleh diambil sebagai ikutan
.
Contoh idola dari kalangan bukan Islam ...
Isaac Newton , Albert Einstein
Dua nama diatas merupakan antara tokoh besar dalam
bidang sains. Contohilah sifat kegigihan yang ada pada mereka yang
bersungguh-sungguh mencipta sesuatu untuk kemudahan kita pada hari ini .
Tetapi , kita sebagai umat Islam , kita sudah pun
mempunyai idola atau ikutan yang terbaik ...
So, Siapakah ikutan yang baik bagi kita (Umat
Islam)?
One and only ... Muhammad bin Abdullah .
Ini berdasarkan firman
Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat ke 21
“Sungguh
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu ...”
Ayat di atas cukup jelas dan tidak pula memerlukan
masa untuk memahami ayat tersebut . Jadi kenapa kita perlu mencari idola dari
kalangan orang yang bukan Islam sedangkan kita sudah pun ada sebaik-baik idola
iaitu Nabi Muhammad .
Sekali lagi tidak menjadi kesalahan untuk mengambil
orang bukan Islam sebagai idola . Tidak pula difatwakan haram oleh JAKIM .
Jika kita menelusuri sirah baginda Muhammad S.A.W
maka kita akan lihat betapa Rasulullah mempunyai akhlak yang sangat mantap . Senang
cerita , Rasulullah adalah seorang yang ohsem .
Jika diceritakan mengenai akhlak Rasulullah , Makcik
Senah belakang rumah pun akan ternganga kerana begitu kagum dengan akhlak nabi
.
Sehinggakan Michael H.Hart ;seorang penulis barat
telah meletakkan Muhammad Bin Abdullah sebagai No.1 di dalam bukunya yang
bertajuk “ The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History.”
Michael dikecam hebat oleh orang ramai kerana meletakkan
Nabi Muhammad sebagai No.1 dan dia turut dikritik kerana meletakkan Jesus
Christ di kedudukan ke-3 di dalam bukunya .
Masyarakat barat pun mengiktiraf dan mengagumi Nabi
Muhammad S.A.W .
Bagaimana pula dengan kita sebagai Umat Islam ?
Tumbuk dada tanya Iman .
Dan pada diri nabi juga tiada sekelumit pun sifat
mazmumah dan sejak kecil lagi nabi telah mempunyai akhlak yang mantop ,, ! Hal
ini kerana Malaikat Jibril telah pun mencuci hati nabi dengan air zamzam . Dan
effectnya, nabi menjadi seorang yang sempurna dan hebat serta terlepas dari hasutan-hasutan
Syaitonirrajim !
Contohi juga sikap Baginda yang bersungguh-sungguh
memperjuangkan agama Islam . Mengharungi setiap ujian dan cabaran dengan tabah
dan sabar .Menghadapi segala kritikan dan cacian dengan tenang .
So, mahukah antum mengikut jejak ana dalam
menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola ? Ayuh ,kita contohi nabi kita dan
mengamalkan sunnah baginda .
Mulai saat ini , percakapan kita haruslah seperti
percakapan nabi (bercakap perkara yang membawa manfaat). Kurangkan mencarut dan
sebaiknya lebihkan zikrullah .
Mulai saat ini akhlak kita mestilah seiring dengan
akhlak nabi .
Segala-galanya haruslah berpandukan nabi kerana
baginda adalah Qudwah Hassanah kita .
InsyaAllah ,
dengan cara ini kita akan mendapat syafaat baginda yang amat kita perlukan di
akhirat kelak !
Ya Rasulullah ,
Kami ini Umat mu yang
senantiasa mengamalkan sunnah mu , maka kurniakanlah kepada kami syafaat mu ...
Amin ...
Wallahu’alam .


