Wednesday, 2 October 2013

Nikmat Kehidupan






     “Sesungguhnya nikmat yang dikurniakan Allah tidak terhitung oleh jari”

     Lihat jari-jemari ... Ada 20 jari ,(err...termasuk jari kaki ==”) . Nikmat Allah yang berjuta-juta itu masakan boleh dikira oleh jari-jemari . Impossible !

     Hari itu ana sedang melayan tewiitter . Tetiba tertarik untuk membaca satu tweet yang berbunyi

       “Walaupun kita mampu mencipta formula untuk matematik , tapi kita masih                    tidak mampu mencipta formula untuk menghitung nikmat Allah”

Ya , Benar        

     Nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita terlalu banyak.Kereta,harta yang melimpah ruah,tanam-tanaman yang subur adalah antara nikmat yang Allah berikan kepada kita.But still ada orang yang kedekut walau dikurnia harta yang banyak.

     Ya ,spesis manusia seperti ini dah banyak di Malaysia dan tidak tahu pula bila ia mahu pupus ..

     Kebanyakkan manusia jual ikan [read:sellfish]. Mereka pentingkan diri mereka tanpa memikirkan saudara-saudara seIslam yang lain.Apa mereka ingat mereka sahaja yang memiliki harta yang banyak . MUHASABAH !

     Allah Maha Kaya . MilikNya apa yang ada di langit dan di bumi.Jika kamu masih riak dan belagak, beringatlah harta-harta kamu itu milik Allah dan Allah akan menariknya kembali bila-bila masa Dia mahu .
Tiba-tiba teringat kata-kata seorang Ustaz

      “Tidak akan berkurang harta seseorang yang bersedekah.Pabila dia                         bersedekah, Allah akan mengurniakan lebih banyak harta kepada dia”

Dan ...
Ada satu nikmat yang Allah berikan kepada kita yang sering kita lupakan.Bahkan tanpa nikmat ini tidak bergunalah harta-harta yang melimpah.Nikmat tersebut adalah nikmat hidup di atas muka bumi Allah.

         Ya,benar.Nikmat yang sering kita lupakan adalah nikmat kehidupan pada hari ini .

So, soalan cepu mas ..
Apa yang kita lakukan untuk memanfaatkan nikmat kehidupan yang Allah berikan hari ini ?
Adakah dengan melakukan maksiat ?
Adakah dengan berfoya-foya ? Hidup ini hanya sekali sahaja , So kita Enjoy ! 
Err .. patutkah ?
Adakah dengan melakukan ibadah kerana Allah , kerana nyawa kita akan ditarik bila-bila masa sahaja ..

              “Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”
     
     Setiap dari kita pasti akan mati . Tetapi kita tidak mengetahui bila waktunya akan tiba.Hari ini kah ? Atau esok ? Minggu depan ? We’ll never know that ..
   
     
     Oleh itu , sementara nyawa masih di dalam badan,kita sepatutnya mensyukuri nikmat kehidupan yang Allah berikan ini.

     Di saat kita berseronok dengan kehidupan dunia , ingatlah ! Berjuta-juta manusia yang telah mati inginkan kembali nikmat kehidupan ini . Di saat kita alpa dengan kehidupan akhirat . Ingatlah ! Ramai yang telah mati ingin sekali kembali ke dunia hanya untuk bersujud kepada Allah.

    
      Kita yang masih hidup ini enggan bersujud kepada Allah . Errr . Nanges .

     Muhasabah lah wahai sahabatku sekalian.Semak sekali lagi apakah amalan kita sementara masih hidup di atas muka bumi ini. Apakah bekalan yang telah kita persiapkan untuk menghadapi “saat” itu ? Adakah ia mencukupi untuk menyelamatkan kita daripada seksaan-seksaan di dalam kubur .
Atau stok bekalan pahala kita sudah habis dek kerana dosa yang menggunung bak Gunung Everest ... Err .

     
     Sementara kita masih bernyawa ini, bersegeralah beribadat kepada Allah,kerana sesungguhnya pabila “saat” itu tiba , tiada penundaan dan penangguhan . Tiada guna lagi taubat apabila nyawa sudah sampai di tenggorokkan.    

     Selagi kita masih bernyawa.Tiada guna kita menyibukkan diri mengumpul harta andai bekalan untuk menghadapi “saat” itu masih tidak dipersiapkan .
Kalau kita memahami erti sebenar kehidupan yang sementara ini , pasti ibadat dan amal jariah tidak akan kita tinggalkan .


     Saya di sini menyeru semua pembaca mempersiapkan bekalan untuk menghadapi “saat” itu supaya tidak hadir penyesalan dalam diri kelak 
            “Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna”

Wallahu’alam ..