Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ..
Peace be Upon to you... =)
Apabila seseorang berbicara mengenai
superhero , pasti semua orang akan membayangkan ironman, superman , batman ,
cicakman (satu-satunya hero di Malaysia ^^) dan lain-lain lagi .Tidak kira
umur, setiap orang pasti mempunyai superhero yang dia gemari .
Dan yang pasti semua orang pasti mempunyai
impian untuk menjadi seorang superhero . Tahukah anda bahwa anda juga boleh
menjadi superhero ? Ya, sememangnya boleh . Caranya dengan menjadi seorang Dai’e
.
Dengan keadaan ummah yang semakin lama
semakin rosak, kita amat memerlukan superhero untuk mencegah dan menghalang kemungkaran
dari berleluasa .
Tapi bagaimana ? Apakah ciri-ciri
seorang superhero/dai’e ? Teruskan membaca untuk mengetahui cara untuk menjadi
seorang superhero dan dai’e yang hebat . (^_^)
Langkah
untuk menjadi superhero !
Tugas utama superhero adalah
menyelamatkan orang dari bahaya . Mereka juga melindungi masyarakat dari
penjahat-penjahat yang berbahaya .
Apa pula tugas seorang dai’e ? Mengajak
kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar .Cegah orang di sekeliling anda
daripada melakukan perkara mungkar yang merbahaya . Dengan cara ini anda dapat melindungi orang
tersebut dari bakaran api neraka . Anda juga menyelamatkan mereka dari hasutan
penjahat(Syaitan) . Awesome kan ?
Tetapi penting ke nak cegah-mencegah ni ?
Sudah semestinya penting .Allah telah berfirman :
"Dan
hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh(berbuat)
yang makruf, dan mencegah yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang
beruntung."
(3:104)
*Cara untuk mencegah kemungkaran telah
saya huraikan dalam entry sebelum ini yang bertajuk ‘Mencegah kemungkaran
tanggungjawab bersama .’
Persediaan
untuk menjadi superhero .
Jika anda menonton movie Ironman
mahupun Batman , kita dapat lihat dan perhatikan bahwa superhero ini
menyediakan peralatan yang cukup lengkap dan canggih untuk menghadapi musuh .
Ini adalah contoh persediaan mereka dalam menghadapi musuh .
Antara persediaan yang boleh anda
lakukan adalah ;
a.Kuatkan
Iman
Superhero sering dikaitkan dengan badan
yang tough, kuat dan sasa . Tetapi itu semua hanya persediaan fizikal . Yang
paling utama adalah anda perlu kuatkan Iman .
Captain America mempunyai perisai yang
boleh melindunginya dari bahaya yang mengancam . Ketahuilah anda juga mempunyai
perisai. Perisai anda adalah Iman . Semakin kukuh keimanan dalam diri , selagi
itu anda tidak mudah ditumbangkan oleh musuh .
b.Bersihkan
hati
Ironman mempunyai hati yang
bercahaya di bahagian dadanya . Anda juga perlu mempunyai hati bercahaya .
Bagaimana ? Caranya dengan ,membersihkan hati anda dari dosa-dosa , bersihkan
ia daripada 7 penyakit hati.
Setiap superhero perlu bersih hatinya dari sifat riak, takbur dan lain-lain penyakit hati . Sebaliknya seorang superhero perlu menjalankan tugasnya dengan penuh keikhlasan . Begitu juga dengan dai'e . Lakukan tugas anda dengan penuh keikhlasan kerana Allah.
Dengan cara ini hati akan disinari
nur Hidayah Allah , InsyaAllah dan sinar nur Hidayah tersebut lebih terang
berbanding cahaya di dada Ironman .
Ciri-ciri
yang perlu ada pada superhero
-Sabar-
Setiap superhero perlu mempunyai tahap
kesabaran yang tinggi . Hal ini kerana setiap superhero akan diuji oleh Allah
dengan pelbagai ujian dan dugaan .
Sememangnya tugas seorang superhero ini
tidak mudah dan ia memerlukan orang yang kuat dari fizikal dan mentalnya.Sesungguhnya
Allah telah berjanji bahwa setiap orang
yang sabar akan memperoleh keuntungan/kebaikan . Firman Allah :
"Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetap
lah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar
kamu beruntung." (3:200)
-Istiqamah-
Anda yang bakal menjadi superhero perlu
ingat , bahwa istiqamah adalah perkara utama yang perlu ada pada diri anda
.Ingat , tugas superhero ini tidak boleh diambil ringan . Perlu berterusan dan
tidak berhenti di tengah jalan .
-Tidak
mudah dipengaruhi-
Seorang superhero mempunyai sifat di atas.
Jika tiada sifat ini dalam diri seorang superhero , maka dengan mudah dia boleh
ditewaskan .
Syaitan, musuh utama kita akan terus
menerus menghasut kita untuk berhenti menjadi superhero . Tetapkan lah
pendirian dan kuatkan keimanan agar kita tidak mudah ditewaskan .
Bagaimana perasaan anda setelah
membaca entry ini ? Semakin bersemangat untuk menjadi superhero ? Ayuh , saya
menyeru semua yang membaca untuk bersama-sama kita cegah kemungkaran yang ada
di sekeliling dan jadi seorang superhero dan dai’e yang berjaya . Ingat kita
lakukan ini semua hanya untuk kebaikan Ummah !
Wallahualam ...






