Peace Be Upon To You,
Islam hanya pada nama.Islam tidak di aplikasikan di dalam kehidupan seharian.Yang paling memalukan adalah mereka yang merempit,berzina dan buang anak kebanyakkannya dari kalangan Melayu yang beragama Islam.Inilah masalah orang Islam itu sendiri yang tidak memahami akan maksud sebenar Islam.
Jangan tunggu lagi.Kita cegah dulu kemungkaran dalam family kita.Selepas itu,kawan-kawan,jiran tetangga dan seterusnya orang yang ada di sekeliling kita... Jangan biarkan perkara bertambah parah.Adakah kita mahu nasi sudah menjadi bubur baru hendak mencegah,,,sorry man,you’re late .
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang...
Sakitlah mata kalau
pergi jalan-jalan.Tak kisah lah dekat mall,pasar malam dan lain-lain
tempat.Kita boleh nampak pelbagai ragam manusia.Orang ni berpegangan
tangan,yang ni nak berpelukan.
Memang betul orang Islam semakin jahil !
Orang dulu mengibaratkan Islam sebagai way of life.Dalam Islam kita ada
membicarakan tentang jual beli,perkahwinan,sains,hubungan kita dengan
manusia(ukhuwah) sehinggakan hendak bersuci pun Islam meletakkan hukum-hukum
tertentu.Ini bermaksud Islam amat menitik beratkan soal kehidupan
manusia.Inilah yang dimaksudkan way of life.Bolehkah kita dapati
perkara-perkara ini di ajari di dalam agama lain.Sudah tentu tidak.Tetapi,apa
yang berlaku sekarang ?
Islam hanya pada nama.Islam tidak di aplikasikan di dalam kehidupan seharian.Yang paling memalukan adalah mereka yang merempit,berzina dan buang anak kebanyakkannya dari kalangan Melayu yang beragama Islam.Inilah masalah orang Islam itu sendiri yang tidak memahami akan maksud sebenar Islam.
Sebelum
masalah ini melarat,sebelum penyakit ini bertambah parah,ayuh sama-sama kita
cegah umat Islam dari melakukan kemungkaran.Tapi,,,macam mana
? bukankah Rasulullah SAW sudah mengajar caranya di dalam hadisnya
yang bermaksud :
Maksudnya: Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat
kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu
hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah dia
mengubah dengan hati dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.
Antara langkah-langkah yang Rasulullah telah ajarkan kepada kita
adalah :
1.mencegah dengan tangan
Maksud mencegah dengan tangan bukan lah bermaksud bagi penampar
pada orang yang buat kemungkaran,,,tetapi ia bermaksud kita menggunakan kuasa
sebagai seorang ketua(biasanya ketua sesebuah organisasi) untuk mengeluarkan
arahan supaya melarang ahli-ahli di bawah kita melakukan kemungkaran.
2.mencegah dengan lidah(lisan)
Maksud mencegah dengan lisan ni ialah kita menasihati
kawan-kawan,jiran atau sesiapa sahaja supaya meninggalkan kemungkaran yang
dilakukannya.Gunakanlah bahasa yang sopan,tunjukkan muka yang manis supaya
orang itu mudah untuk menerima segala teguran kita.Kalau dia tidak dapat
menerima teguran kita macam man pulak ? relax...kita jangan lah mudah putus asa
teruskan menasihati dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya dia diberikan
hidayah.
3.mencegah dengan hati
Maksud mencegah dengan hati ialah jika kita melihat sesuatu
kemungkaran,kita membenci kemungkaran itu tanpa melakukan apa-apa.Sebab
itulah Rasulullah menghukumkan mencegah dengan hati adalah selemah-lemah
iman.Sebabnya kita hanya membenci kemungkaran itu tanpa ada sebarang tindakan
yang mampu menghentikan kemungkaran itu dari berlaku lagi.

Wallahu’alam