Sunday, 5 February 2012

Ukhuwah Kekuatan Umat Islam



“Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti satu bangunan.Mereka menguatkan antara satu sama lain.”

Hadis diatas jelas menyatakan bahawa tanpa ukhuwah tiadalah Islam....

Ukhuwah boleh diertikan sebagai persahabatan atau persaudaraan.Ukhuwah juga amat penting dalam memulakan dakwah.

Nak berdakwah tidak boleh keseorangan.Kita perlukan sahabat untuk menghadapi dugaan dan cabaran...Dan perlu diingatkan bahawa tugas dakwah bukan terletak di bahu seorang pendakwah sahaja,malahan perlu dilakukan setiap umat Islam...

Kembali kepada persoalan,mengapa kita memerlukan sahabat dan bukannya kawan...


Kawan ialah orang yang paling dekat dengan kita....

Sahabat ialah orang yang paling dekat dengan kita dan apabila kita ditimpa masalah,orang yang pertama bertanyakan masalah itu atau membantu menyelesaikan masalah tersebut...dia adalah sahabat.

Jadi,kita perlu mencari seorang atau lebih sahabat,kerana mereka akan sentiasa berada di sisi kita ketika susah atau senang.Tetapi,kawan belum tentu akan setia bersama kita...Jika kita tiada ciri-ciri di atas,kita belum mencapai tahap seorang sahabat.

Manakah lebih baik,
Kawan atau sahabat???
Jawapannya sudah kita ketahui.

Seperkara lagi,jangan kita lupa untuk memupuk perasaan cinta dalam hati kepada saudara kita kerana Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda :

“Tidak beriman seseorang jika seseorang itu tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”

Wassalam...